Sunday, November 21, 2010

Survey: Siapa nak beli mesin jahit epal

Salam semua... saya nak buat survey siapa nak beli mesin jahit Epal janome Harmony 2049 secara kutu.
Saya guna mesin ni untuk semua aktiviti menjahit saya :)
(sebab ada yang bagitahu nak beli mesin tapi tak cukup bajet)..
Kiranya, kalau ada 10 orang yang berminat, dan setiap bulan bayaran RM250.
So, tiap-tiap bulan seorang akan dapat mesin tersebut.


Dengan harga tu boleh dapat:
- satu mesin jahit janome yang boleh jahit macam-macam jahitan
- 15 tapak jahitan mesin
- kelas belajar menjahit percuma selama setahun di pusat epal
- vcd Epal learning media. vcd ni ada tunjuk teknik2 menjahit


Kalau ada yang berminat boleh bagitahu ya. Ialah manatau kalau selama ni mengidam nak beli mesin jahit ni tapi tak cukup bajet kan. So boleh la kita guna kaedah ni.


Macam selalu, kalau minat tinggallkan komen atau email saya. Kalau ada 10 orang berminat. Pasti menarik :)

More at www.tinihani.com